My Add

Wednesday 27 February 2013

Cebisan tayar, plastik ditemui bersama rangka Dirang - Datuk mangsa

JOHOR BAHRU, SELASA, 26 Februati, 2013: Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa terdapat cebisan tiub tayar dan plastik hitam yang terbakar ditemui di dalam lubang, tempat rangka Nurul Nadirah Abdullah atau Dirang dijumpai pada 8 Mac tahun lalu.

Datuk mangsa, Alan Alip, 50, memberitahu, dia menemui kedua-dua barangan itu beserta rangka manusia ketika operasi mencari Dirang di rumah terbengkalai di Nusa Damai bersama-sama empat lelaki yang merupakan jemaah surau di Jalan Suria 47.

Dalam perbicaraan masuk hari kedua itu, Alan yang merupakan saksi pendakwaan ke-10 mengakui dia hanya mengikut gerak hatinya untuk mencari Dirang di kawasan rumah terbengkalai itu.

"Sebelum memulakan pencarian, saya bersama jemaah surau membuat solat hajat dan memulakan pencarian sehingga ke bukit berdekatan Flora High," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment