My Add

Thursday 28 February 2013

Risalah serah diri peluang terakhir

 *AHLI Dewan Undangan Negeri (DUN) Tungku, Datuk Mohd Suhaili Said (tiga dari kanan) mengetuai bacaan doa bersama penduduk pada majlis penyampaian sumbangan di Kampung Tanjung Batu, Tanjung Labian, Lahad Datu, Sabah, semalam.

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
LAHAD DATU, RABU, 27 Feruari, 2013: Pihak berkuasa bertindak menaburkan risalah 'Jalan Keluar' sebagai peluang terakhir kepada kumpulan bersenjata asing yang menceroboh Kampung Tanduo sejak 12 Februari lalu menyerah diri.

Risalah tersebut yang ditaburkan semalam memberi tempoh selama 48 jam untuk kumpulan yang menggelar diri mereka Tentera Diraja Kesultanan Sulu meletak senjata atau bakal berdepan tindakan tegas.

Risalah yang ditulis dalam bahasa Suluk itu antara lain menyeru semua anggota kumpulan penceroboh menanam senjata masing-masing kerana perjuangan yang cuba dilakukan mereka adalah perbuatan sia-sia. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment