*SEORANG anggota polis mengiringi K.K. Prabaharan keluar dari Mahkamah Majistret Pulau Pinang selepas dia mengaku tidak bersalah atas enam tuduhan menipu enam wanita pada tahun lalu. - BERNAMA
PULAU PINANG, RABU, 27 Feruari, 2013: Seorang juruteknik komputer yang digelar sebagai kasanova hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret hari ini atas enam tuduhan menipu enam wanita melibatkan kerugian berjumlah hampir RM100,000 pada tahun lalu.
K. K. Prabaharan, 45, didakwa atas tiga tuduhan menipu tiga wanita di Mahkamah Majistret Pulau Pinang, satu tuduhan menipu seorang wanita di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam dan dua tuduhan menipu dua wanita di Mahkamah Majistret Jawi, dekat sini.
Di Mahkamah Majistret di sini, lelaki itu didakwa memperdayakan warga emas T. Suppamal, 68, untuk menyerahkan barang kemas bernilai RM60,000 yang terdiri daripada enam utas rantai leher, enam pasang subang, dua pasang gelang, lima bentuk cincin dan seutas rantai tangan. - UTUSAN

No comments:
Post a Comment