My Add

Thursday 28 February 2013

Thailand akan berunding dengan gerila pemisah

 *GAMBAR fail menunjukkan sebuah restoran Bigben musnah dalam letupan
 bom yang berlaku di Pattani, selatan Thailand pada 17 Februari lalu.

BANGKOK, RABU, 27 Februari, 2013: Kerajaan Thailand akan memulakan rundingan damai dengan kumpulan gerila pemisah Islam di selatan negara ini, kata seorang pegawai keselamatan kanan semalam.

"Ia merupakan langkah pertama. Permulaan rundingan damai dengan wakil daripada kumpulan gerila pemisah Islam," kata Setiausaha Agung Majlis Keselamatan Kebangsaan (NSC), Paradorn Pattanathabutr menerusi panggilan telefon dari Kuala Lumpur.

Satu perjanjian mengenai perbincangan awal akan ditandatangani pada hari ini di Kuala Lumpur menjelang satu mesyuarat antara Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra dan rakan sejawatannya dari Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kumpulan pemisah itu tidak pernah menyatakan dengan jelas tuntutan mereka sejak pemberontakan meletus pada tahun 2004.

Bagaimanapun, mereka dilaporkan mahu lebih banyak autonomi atau sebuah negeri yang berasingan di wilayah selatan yang pernah menjadi sebahagian daripada milik Kesultanan Melayu sehingga negara Thailand diperluaskan pada tahun 1909.

Berdasarkan perangkaan terbaharu daripada pertubuhan Deep South Watch yang memantau konflik di selatan Thai, lebih 5,300 orang terkorban sejak keganasan tersebut meletus.- Reuters/UTUSAN

No comments:

Post a Comment