My Add

Wednesday 27 February 2013

Najib dianugerah `Kepimpinan dalam hubungan media sosial'

KUALA LUMPUR, RABU, 27 Februari, 2013: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini diberi penghargaan apabila dianugerah 'Kepimpinan dalam Hubungan Media Sosial' oleh Malaysia Social Media Chambers (MSMC) bagi Aktivis Media Sosial No 1 Malaysia.

Anugerah itu disampaikan Pengasas dan Presiden MSMC Shahul Hameed Shaik Dawood dan disaksikan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim pada Minggu Media Sosial Malaysia, di sini hari ini.

Majlis yang dianjur MSMC itu menarik ratusan delegasi dari seluruh dunia termasuk penceramah tempatan dan antarabangsa.

Pada masa ini laman sosial facebook Najib mempunyai 1.4 juta 'like' dan akaun twitter beliau mempunyai 1.2 juta pengikut.

Pada majlis itu, Najib turut melancarkan akaun Instagram beliau apabila mengambil gambar peserta ketika tiba di majlis itu.

"Gambar-gambar anda semua yang saya ambil semasa saya (berjalan) ke pentas sebenarnya menjadi gambar akaun Instagram yang saya lancar hari ini," kata beliau dalam ucapannya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment