My Add

Wednesday 27 February 2013

Polis tubuh enam pasukan khas tangani jenayah di Pulau Pinang

GEORGETOWN, RABU, 27 Februari, 2013: Polis menubuhkan enam pasukan khas sebagai usaha menangani pelbagai kes jenayah jalanan dan kekerasan di Pulau Pinang.

Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi, berkata pasukan khas itu akan memberi tumpuan untuk menyelesaikan kes seperti pecah rumah, curi kenderaan dan ragut selain memberi tumpuan terhadap kes di bawah Akta Antipemerdangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM).

Beliau berkata, pasukan khas itu juga diberi tanggungjawab untuk meningkatkan kualiti penyediaan kertas siasatan dan mengemaskini penyusunan modul rondaan Pasukan Ronda Sukarela (PRS) di negeri ini.

"Dengan adanya pasukan khas itu dan dorongan masyarakat setempat, kami harap Kontinjen Polis Diraja Malaysia (PDRM) Pulau Pinang dapat mencapai matlamat sifar jenayah," katanya kepada pemberita ketika menghadiri Majlis Perhimpunan dan Ikrar Bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri di sini, hari ini.

Beliau turut menggesa anggotanya meningkatkan mutu kerja berteraskan aspek 3C iaitu 'creativity' (kreatif), 'Communication' (komunikasi) dan 'Collaboration' (kerjasama) bagi memastikan PDRM sebagai badan pelaksana undang-undang yang kekal menjadi agensi relevan dalam menjaga keharmonian rakyat.

Pada majlis itu, 131 orang menerima sijil penghargaan Ketua Polis Pulau Pinang termasuk enam pegawai polis mendapat pengiktirafan pekerja cemerlang bagi bulan Februari. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment