My Add

Thursday 28 February 2013

Tok Guru Hadi Awang yang sign'


Oleh YUSLIMAN ASLI
KOTA BHARU, RABU, 27 Feb. 2013: Pas tidak menarik balik kenyataan bersama pemimpin pakatan pembangkang yang membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh penganut agama lain kerana kenyataan itu telah disedia dan ditandatangani oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mendedahkan perkara itu berkata, dalam usaha menyelesaikan masalah tersebut, beliau telah meminta Presiden Pas itu sebagai seorang yang tahu agama dan faham Islam, supaya memberikan pandangan untuk diteliti oleh pemimpin pakatan pembangkang.

"Maka Tok Guru Hadi Awang pun atas nama Pas buat, dengan ayat al- Quran nama Allah itu bagaimana dari segi orang Islam bagaimana dimuliakan, orang (bukan Islam) nak sebut insya-Allah, alhamdulillah tak dilarang kalau sebut itu dengan memuliakan, tetapi syaratnya jangan menghina, jangan menyalah erti, jangan menyalah tafsir. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment