My Add

Thursday 28 February 2013

Dr Ismail Ibrahim tolak dakwaan Anwar tubuh UIAM

KUALA LUMPUR, RABU, 27 Februari, 2013: Dakwaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) adalah ideanya telah ditolak sama sekali dalam pendedahan video terbaru iFiles: Manusia Pelbagai Wajah, Bab 3 (http://www.youtube.com/watch?v>lMDGVOLfurE)

Video yang boleh ditonton melalui YouTube itu, memaparkan temu bual bersama bekas Pengarah Pusat Bahasa UIAM, Datuk Dr. Ismail Ibrahim berkata, penubuhan UIAM adalah hasil usaha Tun Dr. Mahathir Mohamad yang bermula pada Persidangan Pendidikan Islam Sedunia 1977 di Mekah.

"Dr. Mahathir pada masa itu menjadi Menteri Pelajaran dan kertas kerja yang kebanyakan dibincangkan tentang konsep ilmu dalam Islam.

"Beliau yang hadir pada masa itu membawa balik isu itu. Jadi pada tahun 1980an atau sebelum itu, Menteri Pelajaran, arwah Tan Sri Dr. Sulaiman Daud telefon saya, kata Dr. Mahathir nak buat satu universiti Islam, tapi bukan universiti yang biasa kita faham," katanya.

Beliau berkata demikian dalam video sepanjang 12 minit tujuh saat itu yang juga memaparkan bagaimana Anwar terlibat dengan UIAM.

Sebelum ini, video iFiles Bab 2 memaparkan perjalanan kerjaya politik Anwar termasuk sewaktu menyertai UMNO.

Menurut Ismail, beliau diberitahu bahawa universiti itu mahu dibuat cepat dan memintanya bersama Tan Sri Prof. Dr. Mohd. Kamal Hassan berjumpa Dr. Mahathir.

Katanya, oleh kerana beliau tidak ada komitmen lain, Mohd. Kamal pergi dan merangka falsafah lalu diambil Mahathir dan ditambah dengan tulisan tangannya sendiri.

"Mengikut arwah Sulaiman, transkrip itu masih ada salinan itu. Saya ingat kena cari di Kementerian Pelajaran. Jadi ini mula-mula tubuhnya UIAM," jelasnya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment