My Add

Thursday 28 February 2013

Islam: Harun Taib minta Guan Eng buktikan

Oleh RADHUAN HUSSAIN
KUALA TERENGGANU, RABU, 27 Februari, 2013: Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib mahu Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng membuktikan kepada rakyat khususnya umat Islam bahawa parti itu benar-benar turut memperjuang dan menegakkan agama Islam.

Tegasnya, bukti itu penting bagi meyakinkan umat Islam mengenai dakwaan Guan Eng, kononnya DAP turut berperanan dalam segala hal berkaitan Islam termasuk hukum syarak terutama di negeri yang diterajuinya, Pulau Pinang.

Menurutnya, umat Islam akan mempercayai apa yang dinyatakan oleh pemimpin DAP itu sekiranya dia mempunyai bukti kukuh.

Jika sebaliknya, ujar beliau, Guan Eng tidak wajar mengeluarkan kenyataan bahawa DAP adalah sebuah parti yang memperjuang dan menegakkan Islam di negara ini kerana boleh menimbulkan kekeliruan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment