
Mohamad Daniel Haiqal Mohd. Desa yang merupakan murid tahun enam Sekolah Kebangsaan Sungai Rambai itu tinggal bersama ibu saudaranya di Flat Desa Wawasan di sini.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Azman Ab. Lah berkata, berdasarkan laporan, kanak-kanak itu disedari hilang selepas keluar dari rumah ibu saudaranya tersebut pada pukul 9.30 pagi.
"Mohamad Daniel Haiqal tinggal bersama ibu saudaranya sejak Jun lalu selepas ibu bapanya berpisah. Sebelum ini, dia pernah melarikan diri dari rumah ketika tinggal bersama ibunya tahun lalu. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment