My Add

Wednesday 27 February 2013

Sultan Sulu enggan berundur

MANILA,SELASA, 26 FebRUARI, 2013: Sultan Sulu, Jamalul Kiram III menegaskan bahawa dia dan pengikutnya seramai 180 orang tidak akan berganjak dari kawasan perairan di Lahad Datu, Sabah di Malaysia.

Kiram membuat kenyataan tersebut beberapa jam selepas Presiden Filipina, Benigno Aquino III memberi amaran supaya kumpulannya berundur dari Sabah, hari ini.

Kiram berkata, Sabah merupakan milik keluarganya dan mereka tidak perlu akur dengan amaran Aquino, termasuk arahan kerajaan Malaysia yang mendesak supaya mereka meninggalkan kawasan yang dicerobohi.

"Malaysia membayar 'yuran' sebanyak RM5,300 setiap tahun kepada Kesultanan Sulu, sekali gus menunjukkan bahawa tanah yang dituntut di perkampungan Tanduao di Lahad Datu adalah sah milik mereka.

"Adik saya, Raja Muda Agbimuddin Kiram dan pengikutnya sudah pergi ke Sabah untuk menyelesaikan masalah tersebut secara aman," katanya.

Kiram turut menyatakan bahawa keadaan akan menjadi mudah dan tenang sekiranya perjanjian antara kedua-dua pihak dicapai dalam masa terdekat.

"Kami sedar kesan dan akibat yang akan diterima sekiranya kami melanggar undang-undang Filipina, maka kerjasama antara semua pihak amat diperlukan," ujarnya.

Dalam pada itu, Agbimuddin memberi jaminan bahawa beliau dan pengikutnya tidak akan mencetuskan keganasan di perkampungan tersebut.

"Tanduao merupakan kawasan kami, jadi mengapa kami perlu melakukan keganasan di sini?

"Seluruh perkampungan ini sudah dikepung pihak berkuasa Malaysia, jika mereka bertindak dahulu, maka kami akan mempertahankan diri," jelasnya. - AGENSI/UTUSAN

No comments:

Post a Comment