My Add

Thursday 28 February 2013

'Dirang' mati akibat lemas ditekup
 
 Kiri Nurul Nadirah, Muidin Maidin

Oleh IFQDAR RAHMAN 
JOHOR BAHRU, RABU, 27 Februari, 2013: Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa punca kematian kanak- kanak malang, Nurul Nadirah Abdullah atau dikenali sebagai Dirang, adalah disebabkan lemas kerana hidung dan mulutnya ditekup dengan tangan oleh pembunuhnya.

Pakar Perubatan Forensik Hospital Sultanah Aminah (HSA), Dr. Mohd. Aznool Haidy Ahsorori berkata, hasil bedah siasat yang dilakukannya juga mendapati mangsa telah dibunuh pada 2 Mac 2012, sehari selepas mangsa dilaporkan hilang oleh keluarganya.

Saksi pendakwaan ke-15 itu berkata, Dirang yang berusia lima tahun dipercayai ditekup menggunakan tangan oleh seorang dewasa dalam keadaan mangsa sedang terbaring sehingga menyebabkannya lemas dan menemui ajal.

''Ini kerana terdapat kesan lebam di bahagian rahang yang merangkumi kawasan sekitar bawah hidung, pipi dan mulut mangsa termasuk kecederaan tisu-tisu lembut di bahagian leher. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment