My Add

Thursday 28 February 2013

Eksport durian beku meningkat

PUTRAJAYA, RABU, 27 Februari, 2013: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menyasarkan eksport durian sejuk beku negara ke China pada tahun ini meningkat kepada 240 tan metrik dengan nilai sebanyak RM24 juta.

Menterinya, Datuk Seri Noh Omar berkata, jumlah tersebut meningkat sebanyak 20 tan metrik berbanding tahun sebelumnya iaitu 220 tan metrik dengan nilai RM22 juta.

"Pada tahun pertama pengeksportan durian sejuk beku ke negara itu kita hanya mengeksport sebanyak 22.42 metrik tan yang bernilai RM2.24 juta iaitu pada dua tahun lalu.

"Bagaimanapun, kita yakin jumlah itu dijangka meningkat pada masa akan datang dengan penglibatan beberapa syarikat swasta yang menerima sijil akreditasi bagi fasiliti memproses durian sejuk beku daripada Jabatan Pentadbiran Am Penyeliaan Kualiti, Pemeriksaan dan Kuarantin China (AQSIQ)," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment