My Add

Thursday, 28 February 2013

1,001 warga emas saman kerajaan Selangor, MB

 *SEBAHAGIAN warga emas yang menuntut caruman takaful sebanyak RM2.5 juta dijanjikan pakatan pembangkang dalam manifesto kempen Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu selepas memfailkan saman terhadap kerajaan negeri di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi, Shah Alam, semalam.

SHAH ALAM, RABU, 27 Februari, 2013: Sebanyak 1,001 warga emas di Selangor memfailkan saman terhadap kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri dan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagi menuntut caruman takaful berjumlah RM2.5 juta yang dijanjikan dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-12 pada 2008.

Saman tersebut difailkan melalui firma guaman, Tetuan Kamarudin & Partners di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Pihak plaintif yang diketuai oleh Akhirudin Abd. Rashid, 63, menamakan kerajaan negeri Selangor yang terdiri daripada PKR, DAP dan Pas sebagai defendan pertama dan Abdul Khalid pula defendan kedua. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment