My Add

Wednesday 27 February 2013

Najib jadi hos lawatan kerja PM Thailand esok

PUTRAJAYA, RABU, 27 Februari, 2013: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan menjadi hos lawatan kerja Perdana Menteri Thailand Yingluck Shinawatra, yang dijadual esok di Putrajaya, sempena Perundingan Tahunan Ke-5 Malaysia-Thailand.

Perdana menteri Thailand itu akan diiringi menteri-menteri kabinet serta pegawai-pegawai kanan kerajaan.

Rundingan Tahunan Malaysia-Thailand adalah perbincangan dua hala tertinggi untuk perdana menteri kedua-dua negara bagi menilai kemajuan dalam pelbagai usaha bersama dan meneroka inisiatif baharu untuk mengembangkan kerjasama dua hala ke arah perkongsian yang lebih menyeluruh dan teguh.

Menurut kenyataan Wisma Putra hari ini, Najib dan rakan sejawatannya itu akan membincangkan pelbagai perkara berkaitan kerjasama dua hala untuk kepentingan kedua pihak.

Satu kenyataan akhbar bersama akan dikeluarkan selepas majlis itu.

Najib dan isteri Datin Sri Rosmah Mansor akan menjadi tuan rumah majlis makan malam untuk meraikan Yingluck di Seri Perdana, di sini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment