My Add

Saturday 16 March 2013

100 anggota NGO bantah kehadiran Tian Chua di majlis makan malam PKR

 *SEKUMPULAN penunjuk perasaan menyerbu kereta yang disyaki dinaiki
 oleh Tian Chua di hadapan bangunan Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang
 Jalan Kapitan, George Town, Pulau Pinang malam tadi. Kekecohan tersebut
 berlaku ekoran kehadiran Tian Chua ke Majlis Makan Malam PKR. - BERNAMA
 *SEKUMPULAN anggota polis mengawal di hadapan bangunan Dewan Perniagaan
 Cina Pulau Pinang, Jalan Kapitan di George Town malam tadi. Kekecohan tersebut
 berlaku ekoran Tian Chua ke Majlis Makan Malam PKR di dewan tersebut.
 - BERNAMA

Oleh MOHD. FIRDAUS ISMAIL
GEORGE TOWN, JU,AAT, 16 Mac, 2013: Kekecohan berlaku di luar Dewan Perhimpunan Cina Pulau Pinang iaitu lokasi majlis Makan Malam Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Jalan Masjid Kapitan Keling dekat sini apabila lebih 100 ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membantah kehadiran Naib Presiden PKR, Tian Chua.

Mereka berkumpul sejak pukul 8 malam dan melaungkan slogan anti Tian Chua ketika ketibaan beliau.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng yang turut berada di lokasi mengesahkan seorang lelaki turut ditahan. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment