My Add

Tuesday 12 March 2013

3 tentera laut AS maut pesawat terhempas di Washington

SPOKANE (Washington), SELASA, 12 Mac, 2013: Sebuah pesawat Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) terhempas di Washington awal pagi tadi dengan semua tiga anak kapal terbunuh.

Pesawat E/A-6B Prowler dari Stesen Udara Tentera Laut Pulau Whidbey itu dilaporkan terhempas jam 8.45 pagi waktu tempatan.

"Maklumat awal dari tempat kejadian mendapati serpihan pesawat bertaburan dan kesimpulan dibuat semua anak kapal maut," kata pegawai tentera.

Identiti semua anak kapal masih belum diperoleh.

Ketika kejadian, pesawat dikatakan sedang menjalankan misi latihan penerbangan rendah. - AP/BH

No comments:

Post a Comment