My Add

Sunday 10 March 2013

340 ahli PKR isytihar keluar parti sertai UMNO

*TAJUDIN Abdul Rahman (kiri) menerima borang kemasukan ahli UMNO
 daripada Mokhtar Ridzuan di Kampung Gajah, Pasir Salak, kelmarin.

PASIR SALAK, SABTU. 09 Mac, 2013: Parti Keadilan Rakyat (PKR) di negeri ini menerima tamparan hebat apabila seramai 340 ahlinya di Felcra Seberang Perak 1, 2 dan 16 dalam Parlimen Pasir Salak di sini mengisytiharkan keluar parti dan menyertai UMNO malam tadi.

Mereka bertindak demikian kerana yakin hanya UMNO dan kerajaan Barisan Nasional (BN) dapat menyatupadukan dan memimpin rakyat di negara ini selain kecewa dengan kepemimpinan parti itu yang saling bertelagah sesama sendiri serta tidak mempedulikan nasib rakyat di kawasan tersebut.

Serentak dengan itu, kesemua mereka menubuhkan UMNO Cawangan Taman Malinja Jaya di sini dan menyerahkan borang keahlian masing-masing untuk menyertai UMNO kepada Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman dalam satu majlis yang diadakan di kediaman bekas Setiausaha PKR kawasan itu, Mokhtar Ridzuan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment