My Add

Wednesday 27 March 2013

Alasan Guan Eng 'sampah' - CAP

 *S.M. Mohamed Idris menunjukkan surat terbuka daripada Lim Guan Eng yang
dihantar kepadanya pada sidang akhbar di Pulau Pinang, semalam.

PULAU PINANG, SELASA, 26 Mac, 2013: Alasan pembinaan terowong dasar laut dapat menyuraikan kesesakan di bahagian utara negeri itu seperti yang sering dinyatakan Ketua Menteri, Lim Guan Eng disifatkan sebagai mengarut dan tidak masuk akal.

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S. M. Mohamed Idris berkata, Guan Eng sepatutnya mengambil kira faktor sosial seperti kesan yang bakal menimpa penduduk dan alam sekitar akibat pembinaan terowong berkenaan.

"Yang perlu diutamakan dahulu ialah sosial. Semua alasan 'sampah' itu kita boleh bincang kemudian," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Dalam ucapan sempena majlis pelancaran Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang semalam, Guan Eng menyatakan cadangan pembinaan terowong dasar laut adalah tepat pada masanya kerana dapat menyuraikan kesesakan di bahagian utara negeri ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment