My Add

Wednesday 27 March 2013

4 produk kosmetik beracun

KUALA LUMPUR, SELASA, 26 Mac, 2013: Kementerian Kesihatan menasihatkan orang ramai agar tidak menggunakan empat produk kosmetik yang dikesan mengandungi racun berjadual.

Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi kementerian, Datuk Eisah A. Rahman berkata, produk tersebut ialah Acrena Pure Herbal Papaya Soap, White Complex, SS Pearl Cream dan SS Vita Night Repair yang dikenal pasti mengandungi racun tretinoin dan merkuri.

"Penggunaan tretinoin tanpa pengawasan boleh menyebabkan bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hiper sensitif kepada cahaya matahari.

"Merkuri pula tidak boleh digunakan di dalam produk kosmetik kerana berisiko memudaratkan kesihatan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang serta sistem saraf, selain mengganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau belum dilahirkan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment