My Add

Saturday 9 March 2013

Anwar tidak punya pendirian - Mustapa

Oleh AZRAN FITRI RAHIM
KOTA BHARU, SABTU, 09 Mac, 2013: Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri tidak terkejut dengan tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersedia menyokong operasi kilang nadir bumi, Lynas Corporation Sdn. Bhd. di Gebeng, Kuantan, Pahang sekiranya siasatan awam baharu mengesahkan operasi kilang tersebut benar-benar selamat.

Menterinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, ini kerana sikap Anwar yang tidak mempunyai pendirian dan bercakap mengikut khalayak pada ketika itu bagi memastikan tahap popularitinya tidak jatuh.

Beliau berkata, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu juga bimbang reaksi negatif pelabur asing sekiranya kilang tersebut ditutup jika pakatan pembangkang menang pada pilihan raya umum akan datang.

"Mereka akan bercakap mengikut khalayak, kalau ke Sabah mereka berjanji untuk autonomi dan timbalan perdana menteri, kalau pergi ke luar negara seperti Australia maka beliau tidak mahu menghiris hati orang Australia, kalau bercakap tentang Israel beliau akan mempertahankan Israel habis-habisan tetapi di Malaysia di kampung, hentam Israel.

"Ini keadaan mereka, ini bukan satu perkara yang mengejutkan kerana beliau selalu bawa mesej yang berbeza-beza. Kita sudah buat kajian selama dua tahun, bawa pakar-pakar dari seluruh dunia, ada pendengaran awam dan macam-macam lagi disebabkan itu kilang ini dibenarkan beroperasi," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Stategi Lautan Biru Kejiranan Indah Rumah Pangsa Buluh di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment