My Add

Wednesday 27 March 2013

ASEAN harus jadi rakan kongsi

 *DEMONSTRASI melibatkan gabungan Tentera Laut Diraja Malaysia, Agensi
Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan JabatanLaut pada hari pertama LIMA 2013 di Langkawi, semalam.

LANGKAWI, SELASA, 26 Mac, 2013: Malaysia dan negara ASEAN lain perlu dipandang sebagai rakan kongsi oleh syarikat dalam industri pertahanan dunia untuk mengembangkan industri berkenaan dalam tempoh jangka masa panjang.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, negara-negara rantau itu tidak lagi seharusnya dilihat sebagai negara pengguna tetapi mampu menjadi negara pengeluar menerusi kerjasama dengan syarikat-syarikat prinsipal.

"Kita tidak harus menjadi negara pengguna tetapi perlu menjadi negara rakan kongsi bagi syarikat berkenaan memilih kita sebagai tempat untuk pengeluaran dan pembuatan bagi seluruh rantau ASEAN," kata Ahmad Zahid ketika ditemui pada Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2013 di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment