My Add

Wednesday 27 March 2013

Kos bina terowong meningkat RM2.25 billion?

PULAU PINANG, SELASA, 26 Mac, 2013: Ketua Menteri, Lim Guan Eng digesa menjelaskan peningkatan kos sehingga RM2.25 bilion bagi projek pembinaan terowong dasar laut berserta tiga lebuh raya yang dirancang kerajaan DAP negeri.

Ketua Penerangan Pemuda Barisan Nasional (BN) negeri, H'ng Khoon Leng berkata, perkara itu perlu dijelaskan memandangkan Guan Eng pada September 2011 mengumumkan pembinaan projek mega berkenaan hanya bernilai RM4.08 bilion.

Oleh itu tegasnya, Ketua Menteri perlu menjelaskan bagaimanakah konsep tender terbuka yang dilaksanakan kerajaan DAP negeri boleh menyebabkan kos projek berkenaan meningkat kepada RM6.3 bilion seperti yang diumumkan sendiri oleh Guan Eng baru-baru ini.

"Kita terkejut dengan peningkatan kos tersebut dan mahu penjelasan secara terperinci oleh Guan Eng memandangkan jumlah RM4.08 bilion itu diperoleh melalui portal kerajaan negeri. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment