My Add

Saturday 2 March 2013

ATM tidak lepas tangan, kerjasama erat dengan polis di Lahad Datu - Zahid

Oleh FARABI SHEIKH SAID AL JABRI
TELOK KEMANG, SABTU, 02 Mac, 2013: Pihak yang mempunyai agenda tersembunyi untuk meraih populariti daripada insiden di Lahad Datu, Sabah diminta menghentikan sebarang elemen politik atau tuduhan melulu terhadap peranan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan, insiden yang berlaku itu melibatkan soal keselamatan negara dan pihak ATM dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telahpun diberikan mandat dan bekerjsama erat dalam menyelesaikan konflik berkenaan.

Malah katanya, dalam insiden yang mengorbankan dua anggota komando polis dari pasukan VAT 69 dan menyebabkan tiga lagi cedera itu tidak timbul soal ATM 'lepas tangan' memandangkan mereka turut berada di lokasi berkenaan.

"Panglima Angkatan Tentera (Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin) semalam berada di sana dan kembali ke sini dan kemudian hari ini kembali semula ke sana selepas insiden itu.

"ATM dan pihak polis bekerjasama dan kami memang memberi kerjasama seerat mungkin dengan PDRM dan kita harap isu ini tidak dipolitikkan kerana ia soal keselamatan negara, dan kita yakin dengan peranan pihak polis di dalam mengendalikan insiden yang berlaku,'' tegas Ahmad Zahid.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Perarakan Tentera Darat Sempena Sambutan Hari Tentera Ke-80 yang disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan di Dataran Pahlawan di sini hari ini.

Majlis itu turut dihadiri oleh Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment