My Add

Saturday 2 March 2013

2 anggota komando VAT 69 dinaik pangkat

Oleh NORHIDAYU MOHD. HASSAN
KUALA LUMPUR, SABTU, 02 Mac, 2013: Kerajaan hari ini mengumumkan kenaikan pangkat kepada dua anggota polis komando VAT 69 yang terkorban dalam insiden tembakan membabitkan kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina di Lahad Datu, Sabah, pagi semalam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kenaikan pangkat itu merupakan penghargaan kepada kedua-dua anggota tersebut sebagai tanda kerajaan tidak melupakan jasa dan pengorbanan mereka.

"Allahyarham Inspektor Zulkifli Mamat, 29, dinaikkan pangkat kepada Asisten Supritendan (ASP) sementara Allahyarham Koperal Sabarudin Daud, 46, ke jawatan sarjan," katanya kepada pemberita selepas istiadat penghormatan terakhir di pangkalan Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM), Subang di sini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment