My Add

Monday 25 March 2013

Azizan kekal teraju Pas Kedah


*ABDUL Hadi (kiri) bersama Azizan dalam program di Kedah baru-baru ini.

ALOR SETAR, AHAD, 24 Mac, 2013: Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sekali lagi mengulangi pendiriannya bahawa Datuk Seri Azizan Abdul Razak akan terus memimpin Pas Kedah sebagai Pesuruhjaya dan tidak ada sebarang pertukaran dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

“Semua pimpinan Pas negeri termasuk dewan diminta menumpukan kerja dalam menghadapi PRU13 yang bakal dihadapi dalam waktu terdekat ini,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan Setiausaha Politiknya, yang dipetik oleh HarakahDaily Rabu lalu.

Kenyataan itu dibuat berdasarkan kepada laporan Sinar Harian, berhubung cadangan Dewan Ulama Pas Kedah, melalui Setiausahanya, Syeikh Muhd Zainul Asri Mohd Romli supaya Pas pusat melantik Pesuruhjaya Kedah yang baru untuk menghadapi PRU13 ini.

Pada 21 Februari lalu, Abdul Hadi mengesahkan parti itu tetap mencalonkan Azizan bertanding dalam PRU13, dan tiada sebarang isu berbangkit mengenai calon yang akan menggantikan Azizan sebagai menteri besar.

Reaksi Abdul Hadi itu adalah bagi mengulas dakwaan desakan akar umbi termasuk 11 kawasan Dun yang dipercayai sepakat mahu Azizan melepaskan jawatan parti kerana didakwa gagal menyelesaikan masalah parti itu.

Abdul Hadi turut beranggapan tentangan segelintir ahli Pas terhadap Azizan sebagai ‘masalah kecil’, selain disifatkan berita pilihan raya. - Sinar Harian

No comments:

Post a Comment