My Add

Friday 8 March 2013

Bangunan terminal KLIA2 80 peratus siap

 
KUALA LUMPUR, KHAMIS, 07 Mac, 2013: Bangunan terminal di lapangan terbang tambang rendah KLIA2 baharu telah melepasi 80 peratus penyiapan, kata Pengurus Besar Kanan (Perkhidmatan Komersil) Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), Faizah Khairuddin.

Pembinaan KLIA2 yang berkeluasan 257,000 meter persegi itu berjalan lancar, kata beliau sambil menambah yang MAHB bersama-sama kontraktor akan memastikan yang pembinaan dan kerja-kerja dalaman bangunan terminal itu siap menjelang 1 Mei ini.

Faizah berkata, walaupun tarikh pelaksanaan telah ditangguhkan kepada 28 Jun, tempoh dua bulan itu akan digunakan oleh pengendali lapangan terbang itu untuk menjalankan aktiviti ujian dan pelaksanaan.

Beliau berkata, KLIA2 akan dilancarkan pada 28 Jun tahun ini, tarikh yang dipilih oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan serentak dengan tarikh pelancaran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 1998.

“Menurut jadual, kita boleh siapkannya," kata beliau kepada Bernama.

Beliau berkata, 82 peratus daripada ruang lantai komersial telah ditenderkan.

Ditanya mengenai rancangan Malindo Air untuk memulakan operasi pada pertengahan bulan Mac, beliau berkata, MAHB amat gembira dengan kehadiran syarikat penerbangan baharu itu dan mengalu-alukan Malindo sebagai sebahagian daripada keluarga. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment