My Add

Monday 18 March 2013

Beberapa ahli keluarga pemimpin pengganas Sulu ditahan

LAHAD DATU, AHAD, 17 Mac, 2013: Beberapa ahli keluarga pemimpin pengganas Sulu, Jamalul Kiram ditahan mengikut Seksyen 130 (c) Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, kesemua individu yang ditahan di bawah SOSMA berjumlah kira-kira 104 orang itu akan dibawa ke mahkamah dalam waktu terdekat.

"Itu (suspek ditangkap) masih dalam siasatan kerana ada keluarga Kiram (Jamalul Kiram) di sini guna nama lain dan di Filipina guna nama lain.

"Pada kita (tangkapan) bukan keluarga Kiram sahaja tetapi asalkan terlibat dalam kesalahan ini (pencerobohan) dan ada keterangan untuk dituduh di bawah SOSMA, kita akan mengambil tindakan," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment