My Add

Saturday 23 March 2013

BR1M mampu diberi tiap tahun, hasil kecekapan kerajaan BN urus kewangan

Oleh KHAIRUL ABIDIN NUAR
IPOH 22 Mac - Barisan Nasional (BN) mampu meneruskan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) jika masih diberi mandat menerajui Kerajaan Persekutuan selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 kerana kerajaan pimpinan parti itu terbukti cekap dan berhemah dalam menguruskan kewangan negara.

 *AHMAD Husni Hanadzlah (tengah) bergambar bersama warga kerja LHDN ketika
 mengadakan lawatan kerja ke pejabat LHDN Perak di Ipoh hari ini. - UTUSAN/ROY
 AZIS ABD. AZIZ
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, beberapa pendekatan baharu dan kreatif kerajaan termasuk menerusi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berjaya meningkatkan hasil negara setiap tahun.

"Kita percaya sasaran kutipan cukai untuk mencapai RM130 bilion tahun ini akan dapat dicapai. LHDN telah membuat beberapa pendekatan kreatif, misalnya dalam urusan pindah milik tanah berasaskan nilai sama rata yang dahulunya diuruskan Pejabat Tanah dan Daerah.

"Namun sekarang, LHDN telah mengambil tugas berkenaan dan menempatkan pegawainya sendiri untuk melakukan urusan tersebut dengan mengikut harga tanah dan langkah itu didapati membawa kepada peningkatan hasil," katanya selepas melakukan lawatan kerja di Menara Hasil LHDN di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment