My Add

Saturday 23 March 2013

Pas Kelantan perlu bertanggungjawab, jangan lempar tuduhan

Oleh MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB
TUMPAT, JUMAAT, 22 Mac, 2013: Kerajaan Pas Kelantan perlu bertanggungjawab menyelesaikan masalah pemilikan tanah para peneroka di negeri ini, bukannya melemparkan pelbagai tuduhan kepada golongan terbabit.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, Kerajaan Pas Kelantan selama ini memberi pelbagai alasan termasuk kononnya peneroka mengunakan saluran sindiket untuk mendapatkan tanah.

"Kita tahu ribuan peneroka tidak puas hati tetapi kerajaan Pas menafikan ini semua dan mereka kata tidak zalim serta tidak ambil tanah.

"Tetapi apa yang berlaku setiap minggu ialah ada demonstrasi yang tidak pernah berlaku dalam sejarah negeri Kelantan sebelum ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Hari Keluarga UMNO cawangan Pengkalan Kubor di Pantai Geting di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment