My Add

Saturday 23 March 2013

Cubaan PKR burukkan kerajaan gagal

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 22 Mac, 2013: Forum Bicara Keselamatan Dan Kedaulatan Negara: Lahad Datu anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ampang malam tadi dilihat gagal mencapai matlamatnya.

Ini kerana isu yang dikupas bukan menjurus insiden pencerobohan di Sabah sebaliknya cuba memburukkan pasukan keselamatan negara dan kerajaan.

Pengarah Strategik PKR, Mohd. Rafizi Ramli yang bertindak sebagai moderator juga hanya bertanyakan empat soalan berhubung isu Lahad Datu kepada ahli panel iaitu Leftenan Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid dan bekas pegawai polis, Yusuf Babji.

Forum kira-kira satu jam setengah itu juga dilihat tidak langsung menyentuh langkah untuk menghulurkan bantuan kepada rakyat di kawasan terlibat yang terpaksa berdepan dengan ancaman daripada pengganas Kiram. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment