My Add

Thursday 7 March 2013

DAP Pulau Pinang gagal bantu rakyat miliki rumah kos rendah

PULAU PINANG, RABU, 06 Mac, 2013: Kerajaan DAP Pulau Pinang didakwa gagal menguruskan isu perumahan kos rendah di negeri ini menyebabkan rakyat golongan bawahan tidak mampu memiliki rumah sendiri.

Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) negeri, Oh Tong Keong berkata, kegagalan itu berpunca daripada sikap DAP yang tidak menunaikan janji mereka dalam manifesto pilihan raya lalu iaitu mahu menyediakan rumah kos rendah.

"Dakwaan mereka yang kononnya mahu membina rumah kos rendah hanyalah sekadar usaha meraih undi semata-mata.

"Sekiranya benar-benar ikhlas untuk membantu rakyat, mengapa Kerajaan DAP Pulau Pinang gagal membina sebarang projek perumahan kos rendah sejak lima tahun lalu," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Tong Keong, sewaktu di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) kerajaan menetapkan pemaju yang mahu membina projek perumahan wajib menyediakan sebanyak 30 peratus rumah kos rendah supaya rakyat miskin tidak dipinggirkan.

Katanya, selepas siap kerajaan negeri sendiri akan membuat penilaian dan menentukan mereka yang berhak membeli rumah kos rendah berkenaan bagi memastikan nasib rakyat pelbagai golongan terbela.

"Namun, keadaan itu berubah sama sekali selepas pakatan pembangkang yang diterajui DAP di negeri ini mengambil alih pemerintahan dengan membatalkan syarat yang telah ditetapkan itu," ujarnya.

Tong Keong yang juga Ketua Pemuda Gerakan negeri berkata, ketika ini, pemaju hanya perlu membayar pampasan kepada kerajaan negeri seperti yang ditetapkan DAP.

"Lebih membimbangkan, tiada langsung rumah dibina untuk orang miskin. Dalam masa sama, harga rumah terus melambung secara mendadak menyebabkan golongan muda berpendapatan rendah di negeri ini tidak mampu membeli rumah.

"Kerajaan DAP Pulau Pinang terus berdolak-dalik apabila isu ini dibangkitkan rakyat dan mereka membeli alasan tiada tanah untuk membina rumah," jelasny - UTUSAN

No comments:

Post a Comment