My Add

Saturday 16 March 2013

Enam janji BN kepada Kelantan

KOTA BHARU, JUMAAAT, 15 Mac, 2013: Barisan Nasional (BN) Kelantan berjanji akan melakukan enam perkara sekiranya parti itu berjaya mengambil alih pemerintahan negeri ini daripada Pas.

Pengerusinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, janji tersebut dibuat kerana 'gelombang merah' yang dilancarkan oleh pihaknya sudah mula sebati dengan jiwa rakyat negeri ini.

"Perkara pertama sekiranya BN menang di bumi serambi Mekah ini, BN tidak akan panggil orang Pas binatang, ayam atau lembu, mulut kita tidak celupar.

"Kedua, BN tidak akan bagi tanah kepada pemimpin DAP. Ketiga, kita tidak akan membotakkan Hulu Kelantan.

"Keempat, kita akan melaksanakan apa yang dikatakan, kita tidak mahu menjadi seperti Pas hanya bercakap tetapi tidak pandai melaksanakannya. Kelima, menghapuskan semua pengkhianat seperti Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua dan keenam, menyediakan masa depan yang lebih baik untuk orang muda," katanya dalam Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Maktab Rendah Sains Mara Kuala Krai di sini hari ini.

Majlis tersebut disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan yang turut hadir, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin serta Ketua UMNO Bahagian Kuala Krai, Datuk Ramzi Ab. Rahman.

Lebih 40,000 penduduk di daerah tersebut hadir pada majlis yang diadakan sempena lawatan kerja sehari Perdana Menteri ke negeri ini.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, rakyat di negeri ini sudah mula menunjukkan perubahan yang ketara, mereka mahukan suasana yang lebih baik daripada sekarang.

"Pada 14 Julai 2009, ada pilihan raya kecil di Manek Urai di sini, dulu kita kalah lebih 1,000 undi tetapi dalam pilihan raya kecil ini kita kalah hanya 65 undi sahaja.

"Rakyat mahukan perubahan, mereka mahukan sebuah kerajaan yang boleh melaksanakan setiap janji yang dibuat dan hari ini kita lihat gelombang merah sudah sebati dalam kehidupan rakyat Kelantan," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment