My Add

Thursday 14 March 2013

FGV, DRB-Hicom hulur bantuan

IPOH, RABU, 13 Mac, 2013: Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) menyumbang masing-masing RM20,000 kepada balu dua anggota Komando VAT 69, Asisten Supritendan Zulkifli Mamat dan Sarjan Sabarudin Daud yang terkorban dalam insiden pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah.

Selain itu, FGV turut menghulurkan sumbangan RM5,000 kepada isteri dan ahli keluarga tiga lagi anggota yang tercedera iaitu Lans Koperal Mohd. Tarmizi Hashim, Lans Koperal Mohamad Qaiyum'alqal Zolkipli dan Koperal Azman Ampong.

Sumbangan itu disampaikan Puan Sri Bibi Sharliza Mohd. Khalid, isteri Pengerusi Kumpulan Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad dalam majlis Lawatan Kebajikan Persatuan Keluarga Polis Diraja Malaysia (Perkep) dan FGV di Kem Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta, di sini hari ini.

DRB-Hicom Bhd. turut menyumbang RM10,000 kepada keluarga anggota yang terkorban dan RM3,000 kepada keluarga mangsa yang cedera. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment