My Add

Wednesday 27 March 2013

FGVPM bayar zakat RM 10 juta

Oleh BADRUL HAFIZAN MAT ISA dan KU MOHD. AMIR AIZAT KU YUSOF
KUALA LUMPUR, RABU, 27 Mac, 2013: Felda Global Ventures Plantation (Malaysia) Sdn. Bhd (FGVPM), anak syarikat Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV), hari ini membayar zakat berjumlah RM10 juta kepada tujuh buah negeri.

Pembayaran zakat itu adalah hasil pendapatan FGVPM pada tahun kewangan 2012 dengan setiap negeri menerima jumlah berbeza bergantung pada pengeluaran operasi perladangan FGVPM di negeri berkenaan.

Pahang menerima bahagian zakat paling tinggi sebanyak RM 3.9 juta diikuti Sabah sebanyak RM 3.2 juta.

Negeri lain yang turut menerima pembayaran zakat tersebut ialah Johor, Kelantan, Perak, Negeri Sembilan dan Terengganu.

Prmbayaran zakat tersebut disampaikan oleh Pengerusi FGV, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad kepada semua wakil-wakil pusat pungutan zakat dari negeri yang terlibat. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment