My Add

Wednesday 27 March 2013

Maritim Malaysia tambah kekuatan di Esszone

LANGKAWI, RABU, 27 Mac, 2013: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) akan menambah kekuatan anggota dan aset di Zon Selamat Sabah Timur (Esszone) bagi mengukuhkan kawalan keselamatan di kawasan tersebut.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, penambahan itu termasuk 14 aset, masing-masing lima kapal maritim dan bot, 400 anggota serta mewujudkan enam pangkalan hadapan di kawasan strategik.

''Semua ini akan disediakan segera iaitu dalam tempoh sebulan sebelum 15 April ini,'' katanya selepas merasmikan Persidangan Kawalan Pesisir Pantai sempena Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2013 di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment