My Add

Wednesday 27 March 2013

Gesa siasat bekas jeneral ATM langgar sumpah perwira

 *OMAR Saleh (tengah) bersama Hamdan Mohd. Salleh (kiri) dan Mejar (B) Harith
 Ismail menunjukkan salinan laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya
 Ampang, semalam.

KUALA LUMPUR, SELASA, 26 Mac, 2013: Pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Jaringan Melayu Malaysia (JMM) hari ini mendesak agar satu siasatan terperinci dilakukan terhadap bekas-bekas jeneral Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang didakwa melanggar sumpah setia dan ikrar perwira mereka terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Ahli Jawatankuasa JMM, Mejar (B) Harith Ismail berkata, sumpah setia serta ikrar yang dilafazkan mereka ketika mula perkhidmatan seharusnya ditaati sampai bila-bila.

"Perbuatan mereka ini adalah contoh yang tidak baik terhadap kor yang pernah mereka anggotai semasa dalam Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) yang terkenal dengan semangat juang serta kesetiaan terhadap raja dan negara. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment