My Add

Wednesday 27 March 2013

Kenalan Facebook Amirbahar ada hubungan

KUALA LUMPUR, SELASA, 26 Mac, 2013: Sebanyak 39 daripada 183 kenalan komander kumpulan pengganas Kiram, Datu Amirbahar Hushin Kiram di laman sosial Facebook dipercayai mempunyai hubungan kekeluargaan dengan beliau.

Andaian itu dibuat berdasarkan kepada perkataan ‘Kiram’ yang terdapat pada profail rakan-rakan Facebook ‘Menteri Pertahanan Sulu’ itu yang ditahan pasukan keselamatan Malaysia pada 23 Mac lalu.

Merujuk kepada profailnya, Amirbahar yang berasal dari Jolo di Sulu, Filipina menguasai bahasa Melayu, Inggeris, Tagalog dan Tausug.

Beliau meminati akaun Facebook milik penyanyi Amerika Syarikat, Nubia Emmons; syarikat produksi filem, Doghouse73 Pictures dan Norwegian Funny Sharing.

Pada profail Amirbahar, tertera gambar beliau bersama seorang wanita yang tidak dapat dipastikan identitinya. - UTUSAN A

No comments:

Post a Comment