My Add

Saturday 2 March 2013

Hargai jasa pihak pertahan keamanan negara - PM

PETALING JAYA, SABTU, 02 Mac, 2013: Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak rakyat khususnya golongan muda supaya mengingati serta menghargai jasa pihak atau individu yang berkorban apa sahaja demi memastikan negara kekal aman dan selamat.

Mengambil contoh dua anggota komando VAT 69 yang terbunuh ketika bertempur dengan kumpulan bersenjata Tentera Diraja Kesultanan Sulu di Lahad Datu, Sabah, semalam, jelas Perdana Menteri, itu adalah satu pengorbanan yang cukup besar kepada negara.

Menurutnya, sehubungan itu rakyat perlu membalas balik jasa-jasa sedemikian dengan membantu membangunkan masyarakat dan negara menerusi penglibatan dalam kerja-kerja sukarelawan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment