My Add

Sunday 17 March 2013

Indonesia puji Malaysia jaga kebajikan rakyatnya di Lahad Datu

Oleh HISYAMUDDIN AYUB
LAHAD DATU, SABTU, 16 Mac, 2013: Kedutaan Indonesia di negara ini merakamkan penghargaan kepada kerajaan Malaysia kerana bertindak pantas menyelamat warganya di gugusan Felda Sahabat, di sini daripada menjadi mangsa pengganas Sulu.

Konsulat Besar Indonesia di Sabah, Soepeno Sahid berkata, tindakan efisien yang dilakukan oleh pihak keselamatan negara dan pengurusan Felda membolehkan 10,045 pekerja warga republik itu di gugusan Felda Sahabat, di sini selamat serta tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Saya mewakili kerajaan Indonesia mengucapkan jutaan terima kasih kepada kerajaan Malaysia kerana bertindak pantas memberi perlindungan kepada warga Indonesia yang berkerja di gugusan Felda ini," katanya dalam sidang akhbar, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian dalam sesi lawatannya bersama warga kedutaan Indonesia di Sabah ke penempatan Dewan Embara Budi.

Soepeno berkata, daripada jumlah keseluruhan warganegara Indonesia yang berkerja di Felda Sahabat, sebanyak 193 orang telah ditempatkan di penempatan Embara Budi. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment