My Add

Sunday 17 March 2013

Kuin: Beban hutang Kedah bertambah?

Oleh MOHD. SHARIZA ABDULLAH
ALOR SETAR, SABTU, 16 Mac, 2013: Beban hutang kewangan negeri yang tinggi di bawah pentadbiran Kerajaan Pas Kedah diramal bertambah puluhan juta ringgit lagi apabila mereka dipercayai terpaksa membuat pinjaman baharu bagi melengkapkan pembinaan kampus Kolej Universiti Insaniah (Kuin) di Kuala Ketil.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, umum mengetahui bahawa kerajaan Pas Kedah membuat pinjaman bank berjumlah RM330 juta bagi membiayai kos pembinaan kampus tersebut yang dirasmikan pada penghujung Januari lalu tetapi pembinaan masjid dan asrama belum disempurnakan.

Katanya, pembinaan kemudahan tersebut khususnya asrama pelajar merupakan satu syarat penting bagi sesebuah institusi pengajian tinggi dan kerajaan Pas Kedah terpaksa menambah bajetnya bagi memenuhi tujuan berkenaan walaupun pada awalnya ia wujud dalam pelan asal.

''Kerajaan Pas Kedah selalu bermegah dengan usaha mereka membina kampus baharu Kuin tetapi itu pun dengan pinjaman bank sebanyak RM330 juta. Saya difahamkan pinjaman berkenaan sudah habis dibelanjakan namun kemudahan penting tersebut yang wujud dalam pelan asal belum siap dibina.

''Mereka dipercayai terpaksa membuat pinjaman baharu bagi membiayai pembinaan kedua-dua kemudahan itu yang melibatkan kos berpuluh juta ringgit dan ini bermakna tambahan kepada beban kewangan negeri,'' katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Karisma@Hati Rakyat Parlimen Alor Setar di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment