My Add

Sunday 3 March 2013

Insiden Lahad Datu: Keselamatan pelancong di Sabah dipantau

PULAU PINANG, AHAD, 03 Mac, 2013: Kementerian Pelancongan sentiasa memantau aspek keselamatan pelancong di Sabah terutama di kawasan Lahat Datu dan Semporna yang sedang bergolak.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen berkata, perkara itu penting bagi memastikan keselamatan pelancong dan persepsi masyarakat luar terhadap kestabilan dan keselamatan negara tidak tergugat.

Tegasnya, setakat ini Sabah masih lagi selamat dan pihaknya masih belum menerima sebarang aduan mengenai gangguan terhadap sektor pelancongan terutamanya soal keselamatan pelancong daripada mana-mana pejabat pelancongan luar negara ekoran insiden di kawasan berkenaan.

"Kita akan terus pantau perkara ini bagi memastikan sektor pelancongan di Sabah tidak terjejas terutama keselamatan pelancong di sana. Pejabat Pelancongan Sabah juga telah mengeluarkan kenyataan semalam yang menjamin keselamatan di negeri itu," katanya di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment