My Add

Sunday 3 March 2013

Siasat dalang sebenar insiden berdarah di Lahad Datu

KUANTAN, AHAD, 03 Mac, 2013: Kerajaan perlu melakukan siasatan sehingga ke akar umbi untuk mencari dalang sebenar di sebalik insiden pencerobohan bersenjata yang berlaku di Lahad Datu, Sabah.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, pihak berkuasa perlu menyiasat setiap sudut termasuk penglibatan pemimpin pembangkang yang dikaitkan dengan pencerobohan tersebut.

"Kerajaan dirayu supaya tidak memandang enteng perkara ini, bahkan siasatan hingga ke akar umbi mesti dilakukan dan tindakan tegas perlu dilaksanakan sekiranya benar mereka adalah pembelot negara dan bukannya pembangkang lagi.

"Perkara ini serius kerana membabitkan kedaulatan negara. Kita tidak mahu insiden ini menyebabkan keselamatan rakyat dan keamanan negara ini terancam," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Himpunan Barisan 1Malaysia peringkat negeri di sini hari ini.

Di PASIR PUTEH, Kelantan, UMNO Bahagian Pasir Puteh bersama beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini berpiket secara aman dan membuat laporan polis bagi mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap dalang di sebalik insiden berdarah itu.

NGO terbabit terdiri daripada anggota Bekas Persatuan Tentera Malaysia (BPTM), pesara polis, persatuan pekebun kecil, Majlis Belia Jajahan dan wakil guru jajahan, turut mendesak supaya pemimpin pembangkang yang cuba mempolitikkan insiden itu diheret ke muka pengadilan.

Ketua UMNO bahagian, Zawawi Othman berkata, siasatan menyeluruh perlu dilakukan termasuk dakwaan mengaitkan pemimpin pembangkang di negara ini dalam insiden berdarah itu.

"Kami tidak mahu pemimpin sedemikian menyebarkan fitnah membenci kerajaan dan bertindak mencabar kedaulatan undang-undang serta mencabul kedaulatan negara yang mengakibatkan kehilangan nyawa wira negara," katanya ketika ditemui selepas mengadakan piket di pekarangan Bangunan UMNO di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment