My Add

Wednesday 27 March 2013

Inspektor Hasnal ceritakan pengalaman ditetak, ditembak

*MOHD. Hasnal Jamil ketika ditemu bual oleh wartawan pada majlis penyampaian bantuan kepada wira negara oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Malaysia di Putrajaya, semalam.

PUTRAJAYA, SELASA, 26 Mac, 2013: Walaupun pernah ditetak enam kali dan ditembak tiga das ketika menentang pengganas Kiram di Sabah, namun pengalaman ngeri Inspektor Mohd. Hasnal Jamil, 31, itu tidak pernah mematah semangat beliau untuk terus mempertahankan negara.

Menceritakan detik-detik cemas pada 2 Mac lalu, Mohd. Hasnal berkata, beliau yang cedera parah selepas ditetak di kepala dan tangan selain ditembak di perut dan tangan terpaksa berlindung lebih 21 jam di sebuah rumah air di Semporna.

"Saya terbaring dalam keadaan berlumuran darah dari pukul 7.30 malam pada 2 Mac hingga 5.30 petang keesokan harinya, darah yang memancut dari kepala memenuhi muka malahan masuk ke telinga. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment