My Add

Wednesday 27 March 2013

KRK lindungi rakyat Filipina?

PENAMPANG, SELASA, 26 Mac, 2013: Rakyat Filipina yang tinggal di daerah ini, didakwa sudah menubuhkan sebuah kumpulan haram bagi melindungi keselamatan ahli-ahli mereka.

Menurut sumber, kumpulan yang dikenali sebagai Knight of Right Keeper (KRK) itu mempunyai ramai ahli yang kebanyakannya pekerja kontrak.

Difahamkan, sebelum menganggotai kumpulan tersebut, ahli-ahlinya diwajibkan melakukan acara angkat sumpah atau bai'ah.

"Warga Filipina yang mahu menganggotai kumpulan KRK perlu bersumpah atau bai'ah dalam majlis khas sebelum diiktirafkan sebagai ahli.

"Dalam majlis tersebut, mereka akan menjalani upacara seolah-olah disebat dengan kayu bagi menunjukkan kesetiaan terhadap kumpulan itu," katanya di sini hari ini.

Sumber berkata, KRK akan membantu mana-mana ahli yang memerlukan bantuan atau 'dianiaya'. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment