My Add

Tuesday 19 March 2013

Internet setengah jam percuma dijangka bermula bulan depan: Rais

KUALA LUMPUR, SELASA, 19 Mac, 2013: Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata inisiatif internet percuma bagi setengah jam pertama yang diumumkan kerajaan dijadual bermula bulan depan membabitkan semua syarikat telekomunikasi dan penyedia perkhidmatan internet.

Beliau berkata, ia disediakan kepada mereka yang layak berdasarkan kriteria kelayakan penerima program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

“Ini bermakna mereka yang layak mendapatnya ialah mereka yang mempunyai pendapatan isi rumah kurang daripada RM3,000 sebulan.

“Namun, kami masih mengkaji mekanisma terbabit, malah juga akan cuba untuk memperluaskannya kepada golongan yang tidak memenuhi kriteria itu,” katanya selepas selepas majlis ramah mesra warga Telekom Malaysia (TM) bersama Perdana Menteri di sini, tengah hari tadi.

Rais berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan bertanggungjawab melaksanakan inisiatif berkenaan.

Katanya, perkhidmatan internet percuma bagi setengah jam pertama itu akan ditawarkan berasaskan harian dan membabitkan semua syarikat telekomunikasi dan penyedia perkhidmatan internet.

"Baru-baru ini kami membuat kajian bahawa kebanyakan orang hanya menggunakan internet antara 15 hingga 30 minit setiap hari,” katanya.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebelum itu mengumumkan bahawa warga miskin di bandar dan luar bandar bakal mendapat perkhidmatan internet percuma bagi setengah jam pertama.- BH

No comments:

Post a Comment