My Add

Tuesday 19 March 2013

6 maut dalam serangan bom di Iraq

 BAGHDAD, SELASA, 19 Mac, 2013  : Serangan ke atas Baghdad, termasuk bom kereta yang diletupkan oleh pengebom berani mati meragut enam nyawa, beberapa hari menjelang ulang tahun ke-10 pencerobohan yang diketuai Amerika Syarikat di Iraq.

Keganasan terbaru itu yang tercetus beberapa minggu sebelum pilihan raya negara pertama dalam tempoh tiga tahun, menimbulkan persoalan mengenai keupayaan pasukan keselamatan Iraq menangani pergolakan.

Dalam serangan dasyat itu, bom kereta meletup berhampiran pusat pemeriksaan polis di Baladruz, kira-kira 75 kilometer timur laut Baghdad, membunuh lima orang dan mencederakan 20 yang lain, kata pegawai keselamatan dan perubatan.

Dalam serangan berasingan di bandar utara Kirkuk dan Madain, selatan Baghdad, seorang terbunuh manakala lima cedera. - AFP/BH

No comments:

Post a Comment