My Add

Thursday 21 March 2013

'Iri hati, takut kehilangan pengaruh'

KUALA LUMPUR, RABU, 20 Mac, 2013: Bekas Pengerusi Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari menuduh kononnya Malaysia menjajah Sabah dan Sarawak kerana pemimpin itu iri hati dan takut kehilangan pengaruh.

Beliau dikatakan membuat kenyataan itu kerana khuatir jika Perjanjian Rangka Kerja Mengenai Bangsamoro antara kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) mencapai kejayaan.

Naib Pengerusi I MILF, Ghazali Jaafar berkata, sebagai pemimpin MNLF yang merupakan serpihan MILF, Misuari mengambil kesempatan daripada pencerobohan kumpulan pengganas Kiram di Sabah dengan membuat tuduhan tidak berasas.

Katanya, ini bagi menaikkan namanya dalam kalangan masyarakat Moro di selatan Filipina.

"Dengan mengutuk serta memperkecilkan MILF, Misuari berharap sokongan majoriti masyarakat Moro ke atas MILF dapat dikurangkan seterusnya menjamin popularitinya dalam kalangan masyarakat tersebut - UTUSAN

No comments:

Post a Comment