My Add

Sunday 3 March 2013

Isu ceroboh sempadan negara: Pemimpin pembangkang berbeza pendapat

OlehAZMAN IBRAHIM Utusan Online
KUALA LUMPUR, SABTU, 02 Mac, 2013: Jika semalam dua pemimpin pembangkang iaitu Tian Chua dan Datuk Seri Anwar Ibrahim menyalahkan UMNO dan kerajaan terhadap pencerobohan Tentera Diraja Sulu di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah, hari ini Mursyidul Am Pas pula tampil dengan kenyataan berbeza.

Senario itu secara tidak langsung telah menunjukkan perbezaan pendapat yang wujud di dalam pakatan pembangkang yang memasang impian untuk memerintah negara.

Blog Semut Hitam hari ini mendedahkan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam satu kenyataan telah menganggap pengorbanan kedua-dua anggota komando polis VAT 69 adalah merupakan jasa yang besar kepada negara.

Nik Aziz juga mendoakan kedua-duanya mendapat ganjaran dari Allah.

Tambah Nik Aziz, beliau berharap kerajaan akan menyiasat bagaimana perairan negara boleh ditembusi oleh kumpulan penceroboh berkenaan agar peristiwa yang sama tidak berulang pada masa hadapan.

Semalam, Tian Chua yang merupakan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah mendakwa insiden tembak-menembak di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah merupakan konspirasi UMNO untuk mengalihkan perhatian dan menakut-nakutkan rakyat.

Beliau yang juga ahli Parlimen Batu turut mengatakan bahawa berita mengenai pencerobohan tersebut tidak mendapat perhatian media tempatan sebaliknya hanya dilaporkan oleh media asing.

Anwar pula dalam ceramahnya di Ledang, Johor malam tadi telah menyalahkan kerajaan di atas apa yang berlaku. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment