My Add

Sunday 3 March 2013

Letak senjata atau hadapi tindakan drastik

 *HISHAMMUDDIN Tun Hussein berbincang sesuatu dengan Ismail Omar selepas
 sidang akhbar berhubung pencerobohan di Lahad Datu di Felda Sahabat, Lahad
Datu, Sabah, semalam.

LAHAD DATU, SABTU, 02 Mac, 2013: Pihak berkuasa mengeluarkan amaran kepada kumpulan penceroboh bersenjata yang mendakwa daripada Tentera Diraja Kesultanan Sulu di Filipina supaya menyerah diri dan meletakkan senjata serta-merta atau berdepan tindakan tegas dan drastik.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, selepas insiden tembakan semalam yang mengorbankan dua anggota komando polis (VAT 69), kumpulan penceroboh warga Filipina yang bersenjata di Kampung Tanduo, kira-kira 130 kilometer dari sini, tidak mempunyai pilihan lain.

"Selepas insiden semalam, mereka (penceroboh) tidak ada pilihan lain sama ada mereka letak senjata dan menyerah diri atau terpaksa berhadapan dengan apa jua tindakan yang pihak berkuasa terpaksa ambil," katanya dalam sidang akhbar insiden tersebut di Felda Sahabat 16, kira-kira 130 kilometer dari sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment